-Berdisiplin, Berilmu & Cemerlang

 

Aktiviti ko-kurikulum adalah suatu aktiviti yang diwajibkan kepada semua murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Terdapat 3 cabang utama aktiviti iaitu Unit Beruniform, Unit Sukan dan Permainan dan Unit Kelab dan Persatuan.

Pecahan unit-unit adalah seperti berikut:

 Unit Beruniform
 1. Pengakap
 2. Puteri Islam
 3. Tunas Puteri
 4. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
 5. Kompang

 Unit Sukan dan Permainan
 1. Bola baling
 2. Bola sepak 
 3. Bola jaring
 4. Badminton
 5. Olahraga
 6. Permainan dalaman
 7 Taekwando
 
 Unit Kelab dan Persatuan
 1. Bahasa Melayu
 2. Bahasa Inggeris
 3. Pendidikan Agama Islam
 4. Sains dan Matematik
 5. Seni kebudayaan
 6. Seni dan Alam Sekitar
 7. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 
 8. Seni Visual

Murid dikehendaki memilih satu (1) sahaja aktiviti bagi setiap unit yang disenaraikan di atas. Contoh: Pengakap + Bola baling + Persatuan Bahasa Melayu.

Semua aktiviti dikendalikan oleh guru kecuali aktiviti taekwando yang akan dikendalikan oleh pihak luar dengan pemantauan guru bertugas. Aktiviti ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu ke dua dan ke empat (kecuali terdapat perancangan lain) dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Manakala bagi aktiviti Taekwando dijadualkan pada waktu petang hari Sabtu (jadual latihan disediakan oleh pihak penganjur berkenaan)

     
  Jawatankuasa induk Ko-kurikulum SKTU 4
 
  Jawatankuasa majlis sukan sekolah

  Jawatankuasa persatuan dan kelab 

  Jawatankuasa permainan dan sukan

  Jawatankuasa unit beruniform

  Guru rumah sukan

  Guru kelas tambahan tahun 6 (Sabtu)

  Takwim 2009